Langkau ke kandungan utama

WOW

Mari Jana Pendapatan Dari Rumah Lelong

 
Rumah
DIHALAU dari rumah sewa hanya kerana lewat  sehari membuat pembayaran, mendorong Shariza Abd Latif, 41, untuk memiliki hartanah sendiri.

Kepayahan yang dilalui ketika itu, sementelah baru melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang pula, dijadikan sebagai batu loncatan kejayaan dirinya kini.

“Selepas saya sekeluarga dihalau oleh tuan rumah, saya dan suami mula memikirkan untuk membeli rumah dengan kemampuan yang ada.

“Justeru kami suami isteri memilih untuk membeli rumah lelong. Tetapi nama saya perlu dibersihkan terlebih dahulu kerana masalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), selama dua tahun sebelum boleh memohon pinjaman bank,” katanya.

Akhirnya, pada 2006, ketika usianya 30 tahun, Shariza berjaya membeli rumah pangsa lelong pertamanya dengan harga RM55,000.

“Kemudian, pada 2008, saya beli satu lagi rumah lelong kerana ia berdekatan rumah pertama tetapi rumah kedua saya itu rumah bertanah.

“Namun, ketika itu, saya belum punyai perasaan untuk berkecimpung secara serius dalam bidang lelongan ini,” kata ibu kepada empat anak ini.

Bagaimanapun, tumpuannya terhadap hartanah bermula setelah syarikat miliknya berdepan cabaran besar.

"Ketika itu saya menjalankan perniagaan mengecat kapal terbang. Sehinggalah khidmat kami ditamatkan oleh sebuah syarikat penerbangan Malaysia.  

“Walaupun masih ada satu tawaran syarikat lain, namun ketika itulah saya terfikir untuk mencari projek lain bagi menambah pendapatan.

“Saya mula serius untuk melabur dengan rumah lelong ini. Dan pada 2015, saya telah menubuhkan syarikat sendiri iaitu AZ Excel Reality Sdn Bhd,” katanya.

Kini, Syariza bersama suami, memiliki 18 rumah lelong, di mana 12 rumah lelong berjaya dibeli dalam masa setahun ketika dia dan suami serius membeli rumah lelong.
“Rumah lelong yang kami beli, 10 daripadanya kami sewakan sebagai ‘aliran tunai’ di mana duit masuk setiap bulan.

“Sebuah kami jadikan rumah kami sendiri dan enam lagi, dalam proses untuk (flipping) dijual,” katanya.

Kelebihan dalam jual beli rumah lelong, akuinya, menjadikan dirinya matang.
“Lelong sebenarnya guru paling seronok dalam hartanah, kerana mereka yang terlibat dalam lelongan adalah mereka yang berpengalaman.

“Rata-rata yang terlibat bidang lelong hartanah bermula dari bawah dan mereka belajar, sehingga berjaya membeli beratus rumah. Ia menjadikan saya belajar dari mereka dan menjadikan saya cepat matang dalam bidang ini,” katanya.

Lelong hartanah juga kata Shariza, menjadikan mereka mengetahui banyak perkara sebelum membeli rumah lelong dan jadikan ia pelaburan jangka panjang.

17 APRIL 2017

SUMBER: SINAR


Ulasan

  1. Bagusnya! Sy akan jadikan beliau sebagai inspirasi 😍

    BalasPadam
  2. Banyak kebaikam yg kita boleh dapat daripada rumah lelong contohnya:

    -Pembeli dapat membeli dengan yang lebih murah daripada harga pasaran.
    -Pembeli berpeluang menjimatkan sehingga 20% daripada harga pasaran

    **dan yg paling penting yg ramai x tahu kita boleh jana pendapatan drpd rumah lelong**

    NAK TAHU MCM MANA???

    Rahsia Rumah Lelong


    BalasPadam

Catat Ulasan

WAH

Catatan popular daripada blog ini

Real Property Gains Tax (RPGT) Kadar Rendah Memudahkan Bakal Pembeli Rumah Pertama

RPGT Rumah Real Property Gains Tax (RPGT) merupakan sejenis cukai keuntungan modal ke atas penjualan hartanah di Malaysia. Harap Perdana Menteri baru mansuhkan RPGT. Tak mampu mansuhkan, kurangkan. Contohnya ada tax exemption  (pengecualian cukai) kalau jual kepada pembeli rumah pertama. . . Semput nyawa nak bayar. . . Saya ambil booking RM2k sahaja. Selebihnya tunggu KWSP. Sedangkan 3% dari harga rumah perlu di remit ke LHDN. Belum ambil kira 3.18% kalau upah REN . Kalau 200k, kena bayar RPGT 6,000 holding tax . . . Saya ni kesian nak push buyer . Top up je lah duit sendiri. Anggap ini ibadah. Memudahkan orang lain beli rumah. Allah selalu mudahkan urusan saya. . . Pak Lah naik dulu, RPGT 0% tau. Syoikkk... Berangan lah dulu... mana tahu jadi kenyataan. #pru14 #kotadamansarasgbuloh dari facebook Ija Sharieza RPGT dinaikkan utk kawal spekulasi/flipping..sama mcm langkah LTV70 . tak berapa faham maksud post akak. kenapa buyer yg bayar RPG...

TIPS PETUA CARA MENCARI RUMAH LELONG YANG BERBALOI

gambar 1:  Sha jumpa artikel yang ramai masih tidak tahu cara-cara mencari rumah lelong yang berbaloi. Sha ada edit sikit ya. Mari kita baca apa yang perlu untuk dapatkan sebuah rumah yang berbaloi dengan tips dan petua ini. Abam nak kongsikan macammana nak cari rumah lelong hampir RM100k below market dan potensi cashflow positif RM300-RM500 setiap bulan jika disewakan. 1. Kelayakan Pinjaman Yang pertama anda WAJIB semak dahulu kelayakan pinjaman perumahan anda (jika beli secara cash abaikan step ini). Boleh pergi ke bank atau hubungi banker yang anda tahu. (Sha pernah semak juga di internet) 2. Tujuan Beli Rumah Yang kedua anda kena pastikan tujuan pembelian rumah tersebut untuk sewaan ( cashflow game )/duduk sendiri/dijual terus selepas dapat geran( flipping ). Lain game , lain hartanah! Kali ni abam nak tunjuk contoh game sewa sebab melibatkan rumah kos rendah yang mana ada sekatan tidak boleh dijual selama 5 tahun. 3. Listin...

Perlaburan Hartanah Lebih Untung Dari ASB

Perlaburan Duit Hartanah  Baru dapat geran. Beli murah-murah boleh lah pegang geran. Kurang risiko. Tak de reminder bayar installment setiap bulan. Rasa lebih selamat. Tak de orang sewa pun tak pe. Tak de yang nak beli tunggu je lah. Tapi setakat hari ni belum ada yang tak laku. Cuma kadang-kadang timing tak betul. . Beli rumah untuk investment kena sabar. ✔Proses mot sahaja ambil masa 4 bulan hingga setahun setengah (double transfer) ✔ repair ambil masa sebulan paling kurang ✔ cari buyer kadang-kadang sebulan ke dua bulan ✔ cari loan sebulan (kalau banyak document tak lengkap) ✔ proses sehingga loan purchaser disburse 5 ke 6 bulan Bukan lah semudah yang disangka. Keuntungan tu pasti cuma ambil masa. . Walau bagaimana pun kalau compare dengan investment yang lain saya rasa investment batu bata saya jauh lebih baik. Contohnya Beli rumah 100,000 Sewakan 600 sebulan Kemudian dijual - 165,000 Untung bersih selepas cukai - 35,000 Sewa setahun + profit = total ...