Rumah DIHALAU dari rumah sewa hanya kerana lewat sehari membuat pembayaran, mendorong Shariza Abd Latif, 41, untuk memiliki hartanah sendiri. Kepayahan yang dilalui ketika itu, sementelah baru melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang pula, dijadikan sebagai batu loncatan kejayaan dirinya kini. “Selepas saya sekeluarga dihalau oleh tuan rumah, saya dan suami mula memikirkan untuk membeli rumah dengan kemampuan yang ada. “Justeru kami suami isteri memilih untuk membeli rumah lelong. Tetapi nama saya perlu dibersihkan terlebih dahulu kerana masalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), selama dua tahun sebelum boleh memohon pinjaman bank,” katanya. Akhirnya, pada 2006, ketika usianya 30 tahun, Shariza berjaya membeli rumah pangsa lelong pertamanya dengan harga RM55,000. “Kemudian, pada 2008, saya beli satu lagi rumah lelong kerana ia berdekatan rumah pertama tetapi rumah kedua saya itu rumah bertanah. “Namun, ketika itu, saya be...