Langkau ke kandungan utama

WOW

Mari Jana Pendapatan Dari Rumah Lelong

 
Rumah
DIHALAU dari rumah sewa hanya kerana lewat  sehari membuat pembayaran, mendorong Shariza Abd Latif, 41, untuk memiliki hartanah sendiri.

Kepayahan yang dilalui ketika itu, sementelah baru melahirkan anak dan dalam tempoh berpantang pula, dijadikan sebagai batu loncatan kejayaan dirinya kini.

“Selepas saya sekeluarga dihalau oleh tuan rumah, saya dan suami mula memikirkan untuk membeli rumah dengan kemampuan yang ada.

“Justeru kami suami isteri memilih untuk membeli rumah lelong. Tetapi nama saya perlu dibersihkan terlebih dahulu kerana masalah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS), selama dua tahun sebelum boleh memohon pinjaman bank,” katanya.

Akhirnya, pada 2006, ketika usianya 30 tahun, Shariza berjaya membeli rumah pangsa lelong pertamanya dengan harga RM55,000.

“Kemudian, pada 2008, saya beli satu lagi rumah lelong kerana ia berdekatan rumah pertama tetapi rumah kedua saya itu rumah bertanah.

“Namun, ketika itu, saya belum punyai perasaan untuk berkecimpung secara serius dalam bidang lelongan ini,” kata ibu kepada empat anak ini.

Bagaimanapun, tumpuannya terhadap hartanah bermula setelah syarikat miliknya berdepan cabaran besar.

"Ketika itu saya menjalankan perniagaan mengecat kapal terbang. Sehinggalah khidmat kami ditamatkan oleh sebuah syarikat penerbangan Malaysia.  

“Walaupun masih ada satu tawaran syarikat lain, namun ketika itulah saya terfikir untuk mencari projek lain bagi menambah pendapatan.

“Saya mula serius untuk melabur dengan rumah lelong ini. Dan pada 2015, saya telah menubuhkan syarikat sendiri iaitu AZ Excel Reality Sdn Bhd,” katanya.

Kini, Syariza bersama suami, memiliki 18 rumah lelong, di mana 12 rumah lelong berjaya dibeli dalam masa setahun ketika dia dan suami serius membeli rumah lelong.
“Rumah lelong yang kami beli, 10 daripadanya kami sewakan sebagai ‘aliran tunai’ di mana duit masuk setiap bulan.

“Sebuah kami jadikan rumah kami sendiri dan enam lagi, dalam proses untuk (flipping) dijual,” katanya.

Kelebihan dalam jual beli rumah lelong, akuinya, menjadikan dirinya matang.
“Lelong sebenarnya guru paling seronok dalam hartanah, kerana mereka yang terlibat dalam lelongan adalah mereka yang berpengalaman.

“Rata-rata yang terlibat bidang lelong hartanah bermula dari bawah dan mereka belajar, sehingga berjaya membeli beratus rumah. Ia menjadikan saya belajar dari mereka dan menjadikan saya cepat matang dalam bidang ini,” katanya.

Lelong hartanah juga kata Shariza, menjadikan mereka mengetahui banyak perkara sebelum membeli rumah lelong dan jadikan ia pelaburan jangka panjang.

17 APRIL 2017

SUMBER: SINAR


Ulasan

  1. Bagusnya! Sy akan jadikan beliau sebagai inspirasi 😍

    BalasPadam
  2. Banyak kebaikam yg kita boleh dapat daripada rumah lelong contohnya:

    -Pembeli dapat membeli dengan yang lebih murah daripada harga pasaran.
    -Pembeli berpeluang menjimatkan sehingga 20% daripada harga pasaran

    **dan yg paling penting yg ramai x tahu kita boleh jana pendapatan drpd rumah lelong**

    NAK TAHU MCM MANA???

    Rahsia Rumah Lelong


    BalasPadam

Catat Ulasan

WAH

Catatan popular daripada blog ini

Layan Beli Rumah Busuk dan Baiki. Nah, Sekarang Boleh Jual Balik

Keadaan rumah sebelum dan selepas ubah suai. Membeli hartanah atau rumah siap yang benar-benar sudah sempurna adalah perkara biasa yang sering kita lihat. Amat janggal rasanya apabila ada orang yang sanggup membeli rumah uzur, buruk, tiada bumbung atau pintu, dipenuhi sampah sarap dan menjadi ‘sarang’ penagih dadah. Namun, pemandangan rumah yang kurang cantik itu, langsung tidak menggugat keinginan jurutera profesional awam, Ir Abdul Razak Kamarudin, untuk membeli rumah ‘busuk’. Semuanya dilakukan Abdul Razak, 43, atau lebih dikenali sebagai Ir Ajak, bagi memenuhi hobinya terhadap rumah ‘busuk’, sejak tujuh tahun lalu. “Dalam segmen rumah, kita selalu dengar orang beli rumah dalam pembinaan, lelong atau ‘subsale’. Namun, rumah ‘busuk’ ini jarang dilihat kerana orang tidak nampak potensinya ketika saya mula serius dengan hobi saya, membeli hartanah ‘busuk’ sejak 2010. “Walaupun rumah ini tidak elok, semak samun dan ada sampah sarap, namun sa

TIPS PETUA CARA MENCARI RUMAH LELONG YANG BERBALOI

gambar 1:  Sha jumpa artikel yang ramai masih tidak tahu cara-cara mencari rumah lelong yang berbaloi. Sha ada edit sikit ya. Mari kita baca apa yang perlu untuk dapatkan sebuah rumah yang berbaloi dengan tips dan petua ini. Abam nak kongsikan macammana nak cari rumah lelong hampir RM100k below market dan potensi cashflow positif RM300-RM500 setiap bulan jika disewakan. 1. Kelayakan Pinjaman Yang pertama anda WAJIB semak dahulu kelayakan pinjaman perumahan anda (jika beli secara cash abaikan step ini). Boleh pergi ke bank atau hubungi banker yang anda tahu. (Sha pernah semak juga di internet) 2. Tujuan Beli Rumah Yang kedua anda kena pastikan tujuan pembelian rumah tersebut untuk sewaan ( cashflow game )/duduk sendiri/dijual terus selepas dapat geran( flipping ). Lain game , lain hartanah! Kali ni abam nak tunjuk contoh game sewa sebab melibatkan rumah kos rendah yang mana ada sekatan tidak boleh dijual selama 5 tahun. 3. Listing An

Beli Rumah: Deposit 10 Peratus dan Umur Peminjam 60 atau 55

Pembiayaan rumah: deposit dan umur Beli rumah, perlukah deposit 10 peratus (%) dan umur peminjam 60 atau 55? Memang kena sedia juga deposit 10% atau bank hanya bagi pinjaman 90% sahaja? Mari kita tengok jawapannya. Jawapan: Walaupun dapat 100% deposit masih diperlukan. Duit 10% akan dapat semula pada akhir pembayaran ( disbursement ) nanti. Namun tak semestinya 10%. Boleh budi bicara dengan pemilik ( owner ) utk letak deposit. Kalau owner tak terdesak mungkin okay. Tapi sebagai tanda serius dan jadi nak membeli, depositi tu kena ada lah. Takkan nak beli janji air liur dengan owner, kan? Heehehe Bank memang bagi loan 90% untuk pinjaman rumah sebab tu diperlukan 10% deposit. Walau bagaimana pun ada yang sediakan 100% loan juga ( bukan semua bank ada). Namun, harus diingatkan kos lain perlu sediakan selain dari deposit adalah kos guaman dalam 2-3% dari harga rumah. Satu lagi, kira umur pembeli sampai 60 kan? Sebab kawan kata 55 tahun. Confious dah Jawapan: Tengok pada b