Langkau ke kandungan utama

WOW

Dihalau Kali Ke 2 oleh Tuan Rumah

Tuan rumah halau

Dihalau kali kedua. Allahu. Mari kita baca kisah Akak Shariza yang menjadi faktor pemangkin untuk beliau membeli rumah. Benarlah, sesuatu yang berlaku itu, ada hikmah di seballiknya. Percayalah..

Dihalau kali ke 2
==============

Tuan Rumah (pegawai besar kerajaan suami isteri) halau keluar sebab lambat bayar beberapa hari. Masa tu baru bersalin. Mana nak urus anak kuning lagi. Dengan sakit lagi. Allahu.

Zaman akak dolu2 kena ke bank untuk buat transaction. Bukan macam sekarang semua di ujung jari. Online banking.


Lebihan deposit (RM56.00 +-)  dia campak di balkoni. Hina betul akak rasa. Sebab dia sebangsa dan seagama dengan akak. Mulai dari hari tu, hati membuak-buak nak ada rumah sendiri.


Rezeki murah , jiran sebelah rumah nak pindah ke Johor. Bagi sewa 350.00 sahaja. Sedangkan kadar rate sewa masa tu RM550.00. Mungkin dia kesian tengok akak. 2 tahun menyewa. Bila pindah ke rumah sendiri, owner(ex jiran) minta akak tengok-tengokkan rumah dia.

(Macam mana akak dapat kumpul duit beli rumah? Tunggukan next posting blogpsot ya).

Akak carikan penyewa baru. Penyewa baru jaga ibu dia yang lumpuh. Dari sewa RM400.00, owner (ex-jiran) turunkan semula RM350.00. Ya! Allah baiknya hati... Dia bukan orang kaya. Tapi hati dia besar. Hati dia kaya.

Mungkin 2 orang ni Allah datangkan untuk akak belajar. Tengok lah dari sudut positif. Kalau duit yang dikejar, tak kan pernah cukup. (Apa jadi dengan bekas tuan rumah yang halau akak satu keluarga?)

#seharilewat
#perjalananmencarisyurga

Fuh, baru lewat sehari pun dah macam itu caranya. Dah la baru bersalin. Tak ada hati perut ke. Haish, bila sudah tak ada hati perut ni.

 Dan wujud juga orang yang berhati mulia. Melihat orang lain susah, tidak menekan, bahkan masih ada pertimbangan untuk menolong.

Nantikan blogspot yang lain. Banyak kisah dan perkongsian bermakna yang akan memberi anda inspirasi. Terima kasih kerana sudi membaca

Ulasan

WAH

Catatan popular daripada blog ini

Layan Beli Rumah Busuk dan Baiki. Nah, Sekarang Boleh Jual Balik

Keadaan rumah sebelum dan selepas ubah suai. Membeli hartanah atau rumah siap yang benar-benar sudah sempurna adalah perkara biasa yang sering kita lihat. Amat janggal rasanya apabila ada orang yang sanggup membeli rumah uzur, buruk, tiada bumbung atau pintu, dipenuhi sampah sarap dan menjadi ‘sarang’ penagih dadah. Namun, pemandangan rumah yang kurang cantik itu, langsung tidak menggugat keinginan jurutera profesional awam, Ir Abdul Razak Kamarudin, untuk membeli rumah ‘busuk’. Semuanya dilakukan Abdul Razak, 43, atau lebih dikenali sebagai Ir Ajak, bagi memenuhi hobinya terhadap rumah ‘busuk’, sejak tujuh tahun lalu. “Dalam segmen rumah, kita selalu dengar orang beli rumah dalam pembinaan, lelong atau ‘subsale’. Namun, rumah ‘busuk’ ini jarang dilihat kerana orang tidak nampak potensinya ketika saya mula serius dengan hobi saya, membeli hartanah ‘busuk’ sejak 2010. “Walaupun rumah ini tidak elok, semak samun dan ada sampah sarap, namun sa...

Beli Rumah: Deposit 10 Peratus dan Umur Peminjam 60 atau 55

Pembiayaan rumah: deposit dan umur Beli rumah, perlukah deposit 10 peratus (%) dan umur peminjam 60 atau 55? Memang kena sedia juga deposit 10% atau bank hanya bagi pinjaman 90% sahaja? Mari kita tengok jawapannya. Jawapan: Walaupun dapat 100% deposit masih diperlukan. Duit 10% akan dapat semula pada akhir pembayaran ( disbursement ) nanti. Namun tak semestinya 10%. Boleh budi bicara dengan pemilik ( owner ) utk letak deposit. Kalau owner tak terdesak mungkin okay. Tapi sebagai tanda serius dan jadi nak membeli, depositi tu kena ada lah. Takkan nak beli janji air liur dengan owner, kan? Heehehe Bank memang bagi loan 90% untuk pinjaman rumah sebab tu diperlukan 10% deposit. Walau bagaimana pun ada yang sediakan 100% loan juga ( bukan semua bank ada). Namun, harus diingatkan kos lain perlu sediakan selain dari deposit adalah kos guaman dalam 2-3% dari harga rumah. Satu lagi, kira umur pembeli sampai 60 kan? Sebab kawan kata 55 tahun. Confious dah Jawapan: Tengok pada b...

Real Property Gains Tax (RPGT) Kadar Rendah Memudahkan Bakal Pembeli Rumah Pertama

RPGT Rumah Real Property Gains Tax (RPGT) merupakan sejenis cukai keuntungan modal ke atas penjualan hartanah di Malaysia. Harap Perdana Menteri baru mansuhkan RPGT. Tak mampu mansuhkan, kurangkan. Contohnya ada tax exemption  (pengecualian cukai) kalau jual kepada pembeli rumah pertama. . . Semput nyawa nak bayar. . . Saya ambil booking RM2k sahaja. Selebihnya tunggu KWSP. Sedangkan 3% dari harga rumah perlu di remit ke LHDN. Belum ambil kira 3.18% kalau upah REN . Kalau 200k, kena bayar RPGT 6,000 holding tax . . . Saya ni kesian nak push buyer . Top up je lah duit sendiri. Anggap ini ibadah. Memudahkan orang lain beli rumah. Allah selalu mudahkan urusan saya. . . Pak Lah naik dulu, RPGT 0% tau. Syoikkk... Berangan lah dulu... mana tahu jadi kenyataan. #pru14 #kotadamansarasgbuloh dari facebook Ija Sharieza RPGT dinaikkan utk kawal spekulasi/flipping..sama mcm langkah LTV70 . tak berapa faham maksud post akak. kenapa buyer yg bayar RPG...