Langkau ke kandungan utama

WOW

Tak Pernah Ada Rekod CCRIS, SIla Adakan, Buat Loan ASB Financing Tapi Jangan Ambil Sampai RM200 000


Kisah di bawah ialah mengenai seorang bakal pelabur yang tiada rekod CCRIS kerana tidak pernah berhutang apa-apa dengan agensi yang dipercayai. Tak pernah ada rekod CCRIS, sila adakan. Buatlah loan ASB Financial tapi jangan ambil sampai RM200,000. Mati la nak..

Adik A :Saya minat nak beli rumah. Dah ada saving 20k. Tak pernah buat pinjaman.
Saya : Bagus! Tapi...untuk lulus housing loan, kena create rekod ccris. Kena apply asb loan minimum atau credit card.

Adik A: Kak, Saya dah lulus ASB loan. Dah bayar 2 bulan. Saya dah layak apply housing loan kan?

Saya :Wasap akak payslip dan ccris! Laaaaaa... apasal ambil sampai RM200k. Sepatutnya apply asb loan minimum. RM20k pun dah cukup.

Adik A :Banker cakap tak ada masalah. Boleh dikira income. Tak jejaskan apa-apa.

Saya :Dia, orang yang menjual. Kita yang kena fikir kesannya dulu. Asb loan kurang setahun dianggap komitmen. Lepas setahun baru dikira income. Itu pun kalau dividen tak digunakan untuk rolling.

Sepanjang submit loan untuk client (beratus application) hanya beberapa bank sahaja anggap asb loan sebagai income kebanyakan bank anggap asb loan sebagai komitmen. Berhati-hati dengan janji palsu ni.

Pergi jumpa banker yang kata tak de masalah untuk apply housing loan tu, suruh dia luluskan housing loan Adik A. Suruh dia bertanggung jawab. Jangan pandai bercakap je. BUAT!

Adik A :Ok kak!


Pengajarannya,
1. FOKUS SATU-SATU! Lainlah kalau gaji berbelas ribu. Kalau gaji kurang dari 5k. Tolong plan sebaik mungkin.

2.Yang menjual pun jangan ambil kesempatan atas kenaifan orang lain. Jangan kejar sales. Bertanggung jawab lah!

#cumasayashariza
#bukansatubanyakkesmacamni

Ulasan

WAH

Catatan popular daripada blog ini

Layan Beli Rumah Busuk dan Baiki. Nah, Sekarang Boleh Jual Balik

Keadaan rumah sebelum dan selepas ubah suai. Membeli hartanah atau rumah siap yang benar-benar sudah sempurna adalah perkara biasa yang sering kita lihat. Amat janggal rasanya apabila ada orang yang sanggup membeli rumah uzur, buruk, tiada bumbung atau pintu, dipenuhi sampah sarap dan menjadi ‘sarang’ penagih dadah. Namun, pemandangan rumah yang kurang cantik itu, langsung tidak menggugat keinginan jurutera profesional awam, Ir Abdul Razak Kamarudin, untuk membeli rumah ‘busuk’. Semuanya dilakukan Abdul Razak, 43, atau lebih dikenali sebagai Ir Ajak, bagi memenuhi hobinya terhadap rumah ‘busuk’, sejak tujuh tahun lalu. “Dalam segmen rumah, kita selalu dengar orang beli rumah dalam pembinaan, lelong atau ‘subsale’. Namun, rumah ‘busuk’ ini jarang dilihat kerana orang tidak nampak potensinya ketika saya mula serius dengan hobi saya, membeli hartanah ‘busuk’ sejak 2010. “Walaupun rumah ini tidak elok, semak samun dan ada sampah sarap, namun sa...

Beli Rumah: Deposit 10 Peratus dan Umur Peminjam 60 atau 55

Pembiayaan rumah: deposit dan umur Beli rumah, perlukah deposit 10 peratus (%) dan umur peminjam 60 atau 55? Memang kena sedia juga deposit 10% atau bank hanya bagi pinjaman 90% sahaja? Mari kita tengok jawapannya. Jawapan: Walaupun dapat 100% deposit masih diperlukan. Duit 10% akan dapat semula pada akhir pembayaran ( disbursement ) nanti. Namun tak semestinya 10%. Boleh budi bicara dengan pemilik ( owner ) utk letak deposit. Kalau owner tak terdesak mungkin okay. Tapi sebagai tanda serius dan jadi nak membeli, depositi tu kena ada lah. Takkan nak beli janji air liur dengan owner, kan? Heehehe Bank memang bagi loan 90% untuk pinjaman rumah sebab tu diperlukan 10% deposit. Walau bagaimana pun ada yang sediakan 100% loan juga ( bukan semua bank ada). Namun, harus diingatkan kos lain perlu sediakan selain dari deposit adalah kos guaman dalam 2-3% dari harga rumah. Satu lagi, kira umur pembeli sampai 60 kan? Sebab kawan kata 55 tahun. Confious dah Jawapan: Tengok pada b...

Real Property Gains Tax (RPGT) Kadar Rendah Memudahkan Bakal Pembeli Rumah Pertama

RPGT Rumah Real Property Gains Tax (RPGT) merupakan sejenis cukai keuntungan modal ke atas penjualan hartanah di Malaysia. Harap Perdana Menteri baru mansuhkan RPGT. Tak mampu mansuhkan, kurangkan. Contohnya ada tax exemption  (pengecualian cukai) kalau jual kepada pembeli rumah pertama. . . Semput nyawa nak bayar. . . Saya ambil booking RM2k sahaja. Selebihnya tunggu KWSP. Sedangkan 3% dari harga rumah perlu di remit ke LHDN. Belum ambil kira 3.18% kalau upah REN . Kalau 200k, kena bayar RPGT 6,000 holding tax . . . Saya ni kesian nak push buyer . Top up je lah duit sendiri. Anggap ini ibadah. Memudahkan orang lain beli rumah. Allah selalu mudahkan urusan saya. . . Pak Lah naik dulu, RPGT 0% tau. Syoikkk... Berangan lah dulu... mana tahu jadi kenyataan. #pru14 #kotadamansarasgbuloh dari facebook Ija Sharieza RPGT dinaikkan utk kawal spekulasi/flipping..sama mcm langkah LTV70 . tak berapa faham maksud post akak. kenapa buyer yg bayar RPG...